suria

Tak mampu sewa apartment, pekerja buat keputusan drastik pindah ke pejabat... siap buat ‘house tour’!

Simon menyusun atur barangnya di pejabat seperti kediaman sendiri.

KOS sara hidup meningkat dengan mendadak di seluruh dunia, meliputi pelbagai aspek termasuk perumahan, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

Tidak tahan dengan situasi berkenaan, seorang pekerja di Amerika Syarikat (AS) tampil dengan jalan penyelesaian yang agak luar biasa.

Mendakwa tidak mampu menyewa di apartmen kerana berpendapatan rendah, pekerja bernama Simon itu secara senyap-senyap berpindah ke pejabatnya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Simon merakam suasana di 'kediaman baharunya' di mana dia melakukan 'house tour' dan menunjukkan bagaimana dia menyimpan makanan dan pakaiannya di kubikel kecil di pejabat.

"Lihatlah apartmen baru saya. Saya berpindah dari apartmen ke pejabat. Mereka tidak memberi gaji yang cukup. Jadi sebagai protes, saya hanya akan tinggal di tempat kerja saya. Kita lihat berapa lama saya boleh bertahan," katanya lagi.

Video tersebut menjadi tular dan meraih lebih daripada 12 juta jumlah tontonan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain