suria

Limosin Putin bernilai hampir RM800 juta, direka seperti ‘kubu mudah alih’

Kenderaan rasmi Putin turut mencuri tumpuan masyarakat dunia.

SEJAK konflik melanda Rusia-Ukraine bulan lalu, Vladimir Putin adalah antara individu yang mendapat perhatian masyarakat dunia.

Ini termasuklah kenderaan rasmi yang digunakan oleh Presiden Rusia itu untuk ke mana sahaja.

Putin dilaporkan memiliki sebuah limosin bernilai £142 juta (RM784 juta) yang dilengkapi ciri kalis peluru, perlindungan keselamatan yang ketat dan interior dalaman yang mewah.

Limo itu mula-mula didedahkan kepada umum semasa majlis pemasyhuran presiden keempat Putin, apabila ia digunakan sebagai pengangkutan ke Kremlin pada 2018.

Limo Aurus Senat pada asasnya adalah 'kubu mudah alih' di mana ia direka khas dengan bantuan kepakaran Porsche.

Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai semua ciri berteknologi tinggi yang anda jangkakan.

Putin dilaporkan tidak mahu perisian Android atau Apple dalam kenderaan itu kerana bimbang diintip oleh kuasa Barat.

Bahagian dalamannya diperbuat daripada kayu dan kulit kambing, manakala motornya dikuasakan oleh enjin 6.6 liter V12.

Ia seberat 14,330 paun (6,500kg) dan mampu melindungi penumpangnya walaupun terhempas di bawah air.

Ia juga kalis peluru dan bom, walaupun butiran penuh ciri keselamatannya belum dikeluarkan secara terbuka atas sebab yang jelas. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain