suria

Sering dihina di sekolah, pelajar akhirnya jalani pembedahan demi dapatkan hidung lebih cantik

Si ibu membelanjakan $30,000 (RM125,790) untuk anaknya menjalani pembedahan hidung pada Jun tahun lalu.

APABILA bercerita mengenai buli, ia bukan melibatkan kekerasan fizikal semata-mata.

Sebaliknya, kata-kata penghinaan juga dianggap sebagai buli dan penderaan emosi.

Dalam satu kes, seorang ibu, Loren Lahav, 56, sanggup mengeluarkan sejumlah wang bagi membolehkan anak perempuannya menjalani pembedahan hidung.

Menurut wanita itu, bentuk hidung anaknya sering menjadi bahan ejekan di sekolah sejak dia berusia 12 tahun.

Ketika pandemik Covid-19 melanda, anaknya lega kerana semua orang perlu memakai pelitup muka, sekaligus dapat menyorokkan bentuk hidungnya yang sering menjadi bahan ejekan.

"Ia memberi kesan emosi. Ramai gadis yang jahat terhadapnya. Mereka turut hantar mesej di Instagram.

"Di luar, anak saya nampak kuat dan cuba untuk bersolek. Tapi dia sangat sedih dan menangis meminta tolong.

"Saya risau dia akan cederakan diri," kata wanita itu.

Akhirnya, dia membelanjakan $30,000 (RM125,790) untuk anaknya menjalani pembedahan hidung di Beverly Hills pada Jun tahun lalu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain