suria

Cikgu buat soal jawab topik LGBT dengan murid-murid, netizen beri reaksi bercampur-baur

Ramai netizen yang meninggalkan komen bahawa mereka terhibur melihat gurauan tersebut.

RAKAMAN memaparkan seorang guru di Lumajang, Indonesia yang berinteraksi dengan murid-muridnya sambil membincangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi tular di media sosial.

Tindakan guru lelaki dikenali sebagai Ribut Santoso atau Pak Ribut itu turut meraih reaksi bercampur-baur netizen.

Video tersebut memaparkan Pak Ribut sedang membincangkan keputusan peperiksaan muridnya.

Di tengah perbincangan, Pak Ribut menyebut tentang golongan sejenis.

Katanya, ramai pelajar yang menjawab soalan tersebut dengan salah.

Pak Ribut juga menerangkan kepada murid-muridnya tentang gay dan lesbian.

Sementara itu, Pak Ribut turut meminta pelajarnya memberikan contoh golongan lelaki yang menyukai janitan sejenis.

Seorang murid perempuan pantas menjawab bahawa Pak Ribut merupakan contoh golongan tersebut.

Reaksi menghiburkan Pak Ribut dengan jawapan spontan muridnya itu turut menjadi jenaka netizen.

Ramai netizen yang meninggalkan komen bahawa mereka terhibur melihat gurauan tersebut.

Namun, ada juga yang berpendapat bhawa penjelasan Pak Ribut terhadap murid-muridnya sebagai tidak wajar. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain