PADAH menampar rakan penumpang yang lain, seorang wanita diharamkan untuk menaiki kapal terbang seumur hidupnya. Jurucakap syarikat penerbangan popular Jet2 berkata Catherine Bush bukan hanya mempamerkan tingkah laku agresif, dia juga mengeluarkan kata-kata kesat dan berbahaya termasuk melakukan keganasan fizikal terhadap pelanggan lain serta anak kapal. ARTIKEL BERKAITAN: Sistem imuniti berkurang, suntikan dos keempat perlu - CEO Pfizer ARTIKEL BERKAITAN: Gempar barang peribadi hangus ditemui di lokasi pesawat terhempas Sementara itu, pengarah urusan Jet2.com Phil Ward, berkata sebagai syarikat penerbangan yang mesra keluarga, pihaknya mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap tingkah laku sedemikian selain komited untuk meneruskan sebarang kos yang ditanggung akibat insiden sedemikian. "Walaupun kejadian sebegitu jarang berlaku, ia sangat tidak boleh diterima sama ada pelanggan mahupun krew kami," tegasnya. Peramugari Jet2 cuba menenangkan wanita yang sedang berang. Terdahulu, rakaman seorang wanita yang berang di dalam kapal terbang Jet2 tular di media sosial. Malah dia dikatakan telah dikeluarkan dari penerbangan ketika pesawat tiba di Lapangan Terbang Manchester sekali gus menghalangnya terus ke Antalya, Turki. Dia juga dikenakan denda £5,000 kerana keganasan yang dilakukan. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI