suria

Padah suka tahan kentut depan pasangan, penyanyi terpaksa dimasukkan ke hospital

Viviane de Queiroz Pereira mendedahkan perkara itu di laman Instagram.

SEORANG penyanyi wanita dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami sakit perut yang teruk, berpunca daripada keengganannya untuk kentut di hadapan teman lelakinya.

Viviane de Queiroz Pereira, seorang penyanyi dari Brazil, mendedahkan perkara tersebut dengan 1.5 juta pengikutnya di laman Instagram baru-baru ini.

Dalam pendedahan di 'Instagram Story' yang kini sudahpun dipadamkan, penyanyi yang juga dikenali sebagai Pocah memberitahu dia terbangun pada pukul 5.30 pagi dengan kesakitan yang teruk pada perut.

Penyanyi berusia 27 tahun itu berkata dia pada mulanya mengabaikan kesakitan yang dialami namun akhirnya dia akur untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Saya kini sihat. Hanya sebab tahan kentut," ujarnya.

Penyanyi itu kemudian menasihatkan peminatnya agar jangan berasa terlalu malu untuk kentut di hadapan pasangan mereka.

"Wahai gadis, usah malu untuk kentut di hadapan pasangan anda. Kerana apa yang sangat memalukan ialah terpaksa ganggu tidur mereka, pergi ke hospital, dan anda didiagnosis dengan 'kentut terperangkap'.

"Mulai sekarang, saya hanya 'lepaskan'. Saya sudah dapatkan rawatan dan kini saya baik-baik saja," katanya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain