DALAM mencari pasangan hidup, kita pasti akan menyiasat latar belakang individu tersebut terlebih dahulu. Ada kalanya, pekerjaan seseorang itu menjadi punca hubungan yang dibina musnah di tengah jalan. Namun lain pula ceritanya mengenai wanita ini yang sanggup berkahwin dengan pelakon filem porno. Menurut Katy Bampton, dari Gold Coast, Queensland, dia berkahwin dengan Robbie Bampton pada 2 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan selama tiga bulan. Kata wanita berusia 29 tahun itu, dia tidak kisah dengan pekerjaan suaminya. Dedah Katy, dia hanya meletakkan satu syarat yang mana suaminya perlu melakukan saringan penyakit jangkitan kelamin (STI) secara berkala untuk memastikan kesihatan mereka berdua. "Kali pertama kenal, sudah tentu saya menghakimi kerjayanya. Dia sudah bersama ramai wanita. Saya tak mahu ada dalam senario itu," ujar Katy. Namun, dia akhirnya berubah fikiran kerana sedar akan keserasian mereka berdua. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI