EMPAT kes penyebaran video lucah di media sosial di Lampung di Sumatera, Indonesia sejak tiga bulan lalu berakhir setelah kesemua suspek ditahan polis. Bermotifkan dendam, suspek melakukannya selepas mangsa memutuskan hubungan mereka. Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Khas (Ditkrimsus) Polis Lampung, AKBP Popon A Sunggoro berkata, pihaknya menahan empat suspek yang terlibat dalam empat kes berasingan. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas polis selfie di lokasi kejadian bunuh, kantoi simpan video lucah dalam telefon ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kena 'tendang' dari universiti selepas kantoi berlakon filem lucah "Suspek menyebarkan video dan foto tidak senonoh mangsa," kata Popon pada sidang media, Rabu. Menurut Popon, suspek keempat-empat kes penyebaran bahan lucah dilakukan dengan motif yang hampir sama. Suspek menjalin hubungan rapat dengan mangsa dan berasa sakit hati setelah berpisah. Manakala modus operandi suspek adalah mengugut mangsa untuk menyebarkan bahan berupa gambar dan video tidak senonoh mangsa di media sosial. "Suspek juga sengaja menyebarkan gambar atau video tidak senonoh bersama mangsa sebelum ini," kata Popon. Malah beliau berkata, salah seorang suspek menghantar video lucah tersebut kepada ibu bapa mangsa. "Keadaan itu menyebabkan mangsa mengalami tekanan psikologi," katanya. Popon memberitahu, suspek boleh disabitkan hukuman penjara enam tahun dan denda. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI