suria

Bantuan baiki rumah gagal disempurnakan, petani terpaksa bawa isteri dan 8 anak tinggal dalam pondok tengah sawah

Seorang petani tinggal bersama lapan orang anak dan isteri di sebuah pondok di tengah-tengah sawah

RUMAH merupakan salah satu keperluan asas manusia.

Jika terpaksa hidup berhimpit dalam rumah yang kecil, sudah tentu penghuni akan berhadapan situasi tak selesa.

Begitulah yang menimpa Sugianto, seorang petani yang tinggal bersama lapan orang anak dan isteri di sebuah pondok di tengah-tengah sawah di Kampung Sei Selincah, Daerah Kalidoni, Palembang, Indonesia.

Berdasarkan penjelasan sukarelawan good.id yang berkunjung ke rumah Sugianto, petani itu sebenarnya telah menerima bantuan pengubahsuaian rumah.

Bantuan untuk rumahnya bagaimanapun gagal disempurnakan, memaksa dia sekeluarga berpindah ke rumah kecil persis pondok itu.

“Ada juga kanak-kanak yang terencat dan dua anak terakhir tidak bersekolah kerana tiada wang,” jelas wakil sukarelawan.

Rakyat negara itu yang mahu membantu Sugianto boleh melawat pautan berbuatbaik.id CTRSA Foundation. - Detik.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain