JENAYAH seksual ke atas gadis bawah umur sememangnya cukup membimbangkan. Kali ini, seorang lelaki dari Surabaya menangkap sendiri dua pemuda yang dipercayai membawa lari serta merogol anak perempuannya. ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Wanita 87 tahun terlantar di katil dirogol Selepas ditahan, dua pemuda itu diserahkan kepada polis. Lelaki itu bersama beberapa orang abangnya pergi ke lokasi anaknya berdasarkan maklumat yang diperolehi. Ketika itu, dia menahan seorang lelaki yang dipercayai telah membawa lari dan bersetubuh dengan anaknya yang berusia 14 tahun. Bukan itu sahaja, seorang lagi pemuda tempatan turut ditahan kerana didakwa merogol anaknya. Ketua Polis Blitar dari Unit Siasatan Jenayah, AKP Tika Pusvita Sari berkata, ibu bapa mangsa sebenarnya menyerahkan dua suspek kepada Polis Surabaya. Bagaimanapun, kes tersebut dipindahkan kepada Polis Blitar kerana lokasi jenayah penderaan seksual kanak-kanak bawah umur yang dilakukan berlaku di kawasan Blitar. Tambah pihak polis, kes itu bermula apabila salah seorang suspek melarikan remaja perempuan tersebut tanpa pengetahuan ibu bapanya selama dua minggu. Suspek juga merupakan kekasih kepada remaja tersebut. - Kompas.com. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI