suria

Budak 3 tahun ketagih rokok, mengamuk jika keinginan tak dipenuhi

Lisda berkata jika tidak diberi rokok anaknya akan mengamuk.

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun dari Kapanewon Ponjong, Kabupaten Gunungkidul, Indonesia mengalami ketagihan rokok melampau.

Ketika ditemui pemberita, ibu kanak-kanak itu, Lisda, 35, berkata ketagihan anaknya bermula berikutan tabiat mengutip puntung rokok di sekitar rumahnya.

Jelasnya, tabiat itu baru sahaja bermula beberapa bulan yang lalu.

Disebabkan tabiat itu, Lisda sentiasa menyembunyikan mancis di rumahnya.

Selain itu, kanak-kanak berkenaan juga sering meminta rokok daripada bapanya, Dwi, 36, setiap kali dia pulang bekerja.

"Orang yang lalu lalang depan rumah pun suka diminta rokok. Dia panggil nama dan terus tanya rokok. Saya pun malu dengan orang, macam mengemis pula," katanya.

Dia juga terpaksa memenuhi permintaan anaknya kerana jika dia tidak merokok, anak pertamanya akan lemah dan hanya boleh bergerak semula jika dia merokok.

Tidak pasti berapa batang rokok yang diberikan kepada anaknya dalam sehari, Lisda berkata jika tidak diberi rokok anaknya akan mengamuk. - Detik.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain