suria

Ustaz berstatus duda didakwa raba kemaluan murid, selalu ajak datang ke rumah tengok TV

Seorang guru mengaji al-Quran ditahan kerana disyaki mencabul murid. -gambar hiasan

SEORANG guru mengaji al-Quran di Jawa Timur, Indonesia ditahan selepas disyaki mencabul murid.

Seorang ahli keluarga mangsa, Z yang melaporkan kes itu berkata, guru tersebut disyaki mencabul empat pelajar.

"Empat orang membuat laporan kepada Polisi Jember,” kata Z kepada Kompas.com pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru cabul pelajar tepi masjid

Penahanan ke atas suspek dibuat pada Isnin.

Z berkata, salah seorang mangsa merupakan anak saudaranya berusia 15 tahun.

Mangsa memaklumkan suspek menyentuh bahagian kemaluannya.

Modus operandi suspek adalah mengajak mangsa datang ke rumah untuk menonton TV.

Ketika itulah suspek melakukan perbuatan tidak senonoh.

Mangsa, katanya, dilayan secara tidak senonoh dengan menyentuh bahagian intimnya.

"Rata-rata mangsa lain turut diajak menonton TV," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polis Jember, AKP Komang Yogi Arya Wiguna mengesahkan menerima laporan daripada keluarga mangsa.

Menurut beliau, suspek merupakan seorang duda.

"Kes ini masih dalam siasatan," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain