suria

Gempar barang peribadi hangus ditemui di lokasi pesawat terhempas

Pasukan SAR melakukan operasi di lokasi nahas. foto Reuters

BEBERAPA barangan peribadi dipercayai dari pesawat China Eastern yang terhempas pada Isnin, ditemui hangus di lokasi nahas di wilayah Guangxi, China.

Setakat ini, tiada tanda-tanda mangsa terselamat.

Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pergunungan, di China.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat China Eastern Airlines bawa 133 orang terhempas

ARTIKEL BERKAITAN: PM zahir rasa sedih, Keluarga Malaysia ucap takziah buat famili mangsa pesawat terhempas di China

Pesawat China Eastern bagi penerbangan MU5735 membawa seramai 132 orang termasuk anak kapal.

China Eastern nahas 2

Pasukan penyelamat terus melakukan pencarian. foto AP

Ketika kejadian, ia dalam perjalanan dari bandar Kunming menuju ke Guangzhou.

Hampir 1,000 orang menyertai kumpulan SAR ke lokasi pencarian di kawasan luar bandar.

Media melaporkan bahawa kad pengenalan, kad bank dan dompet merupakan antara barangan peribadi yang ditemui berhampiran lokasi nahas.

Serpihan pesawat Boeing 737-800 yang terhempas turut ditemui di sekitar kawasan pergunungan.

China Eastern nahas 3

Serpihan pesawat yang ditemui. foto CCTV via AP Video

Menurut laporan New York Post, pasukan SAR menggunakan tangan mereka, anjing penggesan dan dron untuk mencari mangsa yang terselamat di kedua-dua gunung di mana pesawat itu terhempas.

"Setakat ini, pihak penyelamat masih belum menemui mangsa yang terselamat," kata pengarah Pejabat Keselamatan Penerbangan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China, Zhu Tao pada sidang media.

Setakat ini, pihak berkuasa mahupun media tempatan belum mendedahkan sama ada mayat mangsa ditemui di antara serpihan.

Menurut Zhu, usaha kini tertumpu untuk mencari kotak hitam pesawat, yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit bagi menentukan punca nahas. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain