suria

Lelaki ugut cerai, halau isteri dari rumah kerana tak undi parti yang sama dalam pilihan raya

Seorang wanita diugut diceraikan suaminya hanya kerana mengundi calon berbeza dalam pilihan raya. Gambar hiasan.

DALAM satu insiden aneh, seorang lelaki dilaporkan tergamak menghalau isterinya keluar dari rumah hanya kerana wanita tersebut tidak mengundi parti pilihannya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh, India, baru-baru ini.

Suruhanjaya Kebangsaan Wanita (NCW) kini meminta polis negeri mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut kerana didakwa memukul dan menghalau isterinya keluar rumah.

Lelaki tersebut juga dikatakan mengugut untuk menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun itu.

Polis berkata wanita itu masih belum membuat aduan rasmi terhadap suaminya.

Menurut laporan, wanita itu dihalau pada 11 Mac lalu selepas dia memberitahu seorang saudara bahawa dia gembira calon yang diundinya, telah memenangi pilihan raya, yang mana kemudian diketahui oleh suaminya.

Selepas dipukul, wanita tersebut meminta bantuan daripada NGO, yang kemudian membangkitkan isu itu di media dan memaklumkan kepada polis.

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan atas dasar cinta pada 2021, dan kedua-dua belah keluarga tinggal berjiran. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain