SEORANG selebriti Instagram menerima hukuman penjara selepas melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas seorang budak lelaki berusia 13 tahun. Wanita bernama Esra Ersoy itu telah melakukan penderaan seksual terhadap budak lelaki itu pada Ogos tahun lalu. Wanita berusia 36 tahun itu mengetuk sebuah rumah di wilayah Mulga, Turki pada 22 Ogos 2021 ketika mangsa bersendirian di rumah. Pada waktu itu, Esra berkata dia melarikan diri daripada teman lelakinya dan jika dia tidak dibenarkan masuk, maka dia akan dipukul kekasihnya. Mangsa yang risau dengan keadaan Esra lantas mengajaknya masuk ke dalam rumah. Esra kemudiannya menggunakan dadah di hadapan mangsa dan turut mengeluarkan kata-kata lucah. Menurut pendakwa raya pada perbicaraan itu, Esra menarik seluar mangsa dan melakukan serangan seksual ke atas remaja itu. Mangsa yang terkejut segera menolak Esra dan berkata dia tidak mahu meneruskan perbuatan tersebut. Mangsa memberitahu ibunya tentang apa berlaku dan melaporkan kejadian itu kepada balai polis. Semasa perbicaraan, Esra tidak mengaku telah melakukan gangguan seksual terhadap mangsa dan mendakwa masuk ke rumah tersebut untuk mengecas telefon bimbitnya. Dalam perbicaraan terakhir pada 11 Mac, wanita itu yang bermastautin di Mersin, Turki itu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. - Wolipop.Detik.com. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI