SEORANG wanita terpaksa bertarung nyawa selepas diserang anjing peliharaannya ketika mereka sedang menunggu pintu lif terbuka. Difahamkan, semasa kejadian wanita Colombia yang berusia 25 tahun itu sedang mengikat tali kasutnya sebelum anjing jenis pit bull yang berusia empat tahun tiba-tiba menggigit lengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Demi keselamatan 'anak-anak', wanita sanggup bersesak dalam kereta redah ratusan batu beberapa kali ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 800 gigitan... Pelajar sedia 'keluar' rumah walau telinga, muka terkoyak diserang anjing Bimbang keadaan menjadi lebih parah, dia cuba memasuki lif dengan cepat namun anjing tersebut tidak mahu melepaskan gigitan dan terus mengikutnya masuk. Wanita berusia 25 tahun diserang anjing peliharaannya sendiri. Menerusi rakaman CCTV, anjing tersebut berterusan menyerang dan menggigitnya sehingga darah memenuhi lantai. Namun dia akhirnya berjaya melarikan diri ke ruang legar selepas pintu lif terbuka. Menurut jurucakap polis, mangsa mengalami keretakan pada dua jari tangan kanannya selain kesan koyakan di lengan kiri. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI