suria

Elak kebuluran, penduduk kampung terpaksa makan serangga... penyelidik akui rasa seperti daging panggang

Penduduk Madagascar terpaksa menikmati serangga kecil itu demi kelangsungan hidup.

SERANGGA yang 'rasa seperti daging' boleh membantu mengurangkan krisis kebuluran yang melanda Madagascar, Afrika.

Ia susulan negara Afrika telah berdepan dengan kemarau yang dahsyat selama bertahun-tahun sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat Malagasi menghadapi kebuluran dan terpaksa menjadikan sebahagian besar tumbuhan yang tidak boleh dimakan sebagai sumber makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah lempang penumpang lain, wanita diharamkan naik kapal terbang seumur hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Ikat mulut anjing dengan pita pelekat, lima ekor ditemui mati

Difahamkan, serangga yang dikenali sebagai sakondry boleh membantu kelompok tersebut menahan kelaparan pada masa ini.

Menurut penyelaras penyelidikan pemuliharaan Lewis Kramer haiwan kecil itu mempunyai rasa seperti daging panggang.

Sakondry dikatakan rasa lebih lembut selepas digoreng.

Sakondry dikatakan rasa lebih lembut selepas digoreng.

"Ia agak lembut apabila mereka goreng... seperti daging panggang. Saya dengan senang hati akan mengambil semangkuk untuk memakannya sambil menikmati bir," ujarnya.

Musim panas lalu, Metro.co.uk melaporkan bahawa orang ramai memakan 'kulit kasut dan abu bercampur asam jawa', dalam usaha menahan lapar.

Kini Program Makanan Sedunia menganggarkan bahawa kira-kira 1.64 juta orang di pulau Lautan Hindi tidak mempunyai makanan yang selamat dimakan dan sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

Malah, Agensi PBB juga menyedari rakyat di negara itu terpaksa memakan belalang, buah kaktus merah mentah dan daun liar demi kelangsungan hidup. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain