suria

Tidak dipasang tali keselamatan, remaja 14 tahun maut terjatuh dari tower fall setinggi 131 meter

Gambar sebelum permainan tersebut bergerak ke atas.

BAPA kepada seorang budak lelaki berusia 14 tahun mendakwa pekerja Taman Tema Oralando, Florida tidak mengikat tali pinggang keledar semasa anaknya menaiki permainan 'tower fall' yang setinggi 131 meter (430 kaki).

Kejadian itu menyebabkan anaknya, Tyre Sampson dari St Louis Missouri meninggal dunia selepas tergelincir dari tempat duduknya kira-kira jam 11 malam, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya model ini ‘terkubur’ kerana komplikasi Covid-19, kedua-dua kaki terpaksa dipotong

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 25 tahun parah diserang anjing peliharaan sendiri

Difahamkan, remaja tersebut melawat Florida ketika program bola sepak.

Menurut ayahnya, Yarnell, Sampson ada menyuarakan kebimbangan sebelum dia memulakan perjalanan.

Permainan yang dikenali tower fall di Orlando.

Permainan yang dikenali tower fall di Orlando.

"Malah dia turut meminta rakan-rakannya untuk memberitahu saya dan ibunya bahawa dia menyayangi kami. Dia juga berkongsi perasaan pelik bersama dua rakannya semasa dalam perjalanan.

"Menurut rakannya, pada masa itu dia seperti panik," jelasnya.

Sampson bersaiz besar dan berkemungkinan tali pinggang keledar tidak diikat dengan kemas.

Sampson bersaiz besar dan berkemungkinan tali pinggang keledar tidak diikat dengan kemas.

Terdahulu, pasukan kecemasan mendedahkan bahawa tali pinggang keledar Sampson tidak diikat.

"Mereka tidak memasang tali pinggang keledar padanya. Mereka mengatakan dia bernafas, tetapi tidak responsif manakala kaki dan lengannya patah," katanya. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain