suria

Wanita sanggup biarkan rambut jadi ‘sarang’ hampir 3 bulan demi lindungi anak burung

Rambut Hannah menjadi tempat perlindungan anak burung itu selama hampir 3 bulan.

TIDAK sampai hati melihat seekor anak burung yang ditinggalkan bersendirian, seorang wanita sanggup menjadikan rambutnya sebagai 'sarang' untuk melindungi haiwan berkenaan.

Hannah Bourne-Taylor mendakwa dia melindungi anak burung itu selama 84 hari selepas ia ditinggalkan ibunya dan kawanan burung lain.

Hannah, seorang jurugambar dan penulis berkata, dia menemui anak burung tersebut pada 2018.

Dia turut menemui sarang yang terjatuh dari pokok mangga akibat ditiup angin kencang.

"Matanya tertutup rapat dan ia menggigil, terlalu kecil untuk bertahan sendirian. Saya meletakkannya di dalam kotak kadbod dengan tuala kecil," ceritanya.

Hannah kemudian mula menjaga anak burung itu dan juga mendapatkan pandangan pakar haiwan.

"Setiap hari, ia membuat sarang kecil di rambut saya... ia mencetuskan rasa kagum," katanya.

Seorang pakar hidupan liar memberitahu Hannah bahawa anak burung itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 minggu sebelum mampu hidup di dunia luar. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain