suria

Lelaki bawa diri selepas bergaduh dengan keluarga, lebih sedekad menetap di lapangan terbang

Wei Jianguo telah menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sejak 2008.

SEORANG lelaki telah 'menetap' di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selama lebih daripada sedekad, malah dia juga tidak berhasrat untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Lelaki bernama Wei Jianguo yang berusia lewat 50-an itu meninggalkan rumah pada 2008 selepas keluarganya memberi 'kata dua' agar dia berhenti untuk mengambil alkohol dan merokok.

"Saya tidak boleh pulang ke rumah kerana tiada kebebasan di sana.

"Keluarga saya memberitahu saya, jika mahu tinggal di rumah, saya perlu berhenti merokok dan minum.

"Jika saya tidak dapat berbuat demikian, saya terpaksa memberi mereka semua elaun kerajaan bulanan saya sebanyak 1,000 yuan (RM630). Tetapi bagaimana saya hendak membeli rokok dan alkohol saya?," kata Jianguo.

Sejak itu, dia memilih untuk bermalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing yang mempunyai tiga terminal.

Dia mengakui suka tinggal di lapangan terbang kerana boleh minum dan makan sesuka hati.

Jianguo telah bekerja di sebuah kilang enjin selama 20 tahun.

Dia berkata dia diberhentikan kerja pada usia 40-an kerana 'terlalu tua'. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain