suria

Orang ramai dinasihatkan tidak beli rumah di kawasan terjejas banjir

Netizen nasihatkan orang ramai supaya tidak 'membeli' di kawasan terjejas banjir.

TINDAKAN seorang netizen menghalang orang ramai membeli barangan termasuk rumah di kawasan terjejas banjir mendapat perhatian warga Australia.

Ini kerana, mesej 'jangan beli apa-apa pun di kawasan banjir, tak faham kenapa orang ramai masih melakukannya' yang ditinggalkan di ruangan forum Reddit umpama 'nasihat' kepada orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka penjenayah, pemain bola Brazil maut dimakan ikan piranha

ARTIKEL BERKAITAN: Pandemik belum berakhir, peniaga buah kurma luah rasa sayu menjelang Ramadan... hasil jualan menurun saban tahun

Malah, individu terbabit turut menyatakan sesiapa yang cuba keluar dari masalah kewangan, membuat pelaburan mahupun menyimpan untuk persaraan untuk tidak terpengaruh dengan sebarang tawaran yang dibuat di kawasan banjir.

Kenyataannya itu turut dipersetujui beberapa pengguna aplikasi berkenaan.

"Dua tahun lalu saya nasihatkan seorang rakan supaya tidak membeli rumah di kawasan banjir tapi dia tetap membelinya. Sekarang banjir dan dia terpaksa 'gofundme'," katanya.

Pada 2011, banjir besar yang berlaku di Brisbane dan kawasan sekitarnya menyebabkan harga rumah turun sekali gus menarik minat pembeli. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain