suria

Protes kematian! Keluarga sanggup usung, letak keranda mayat depan penjara

Keluarga meletakkan keranda di hadapan pintu masuk penjara.

MAYAT penjenayah kes kecurian di Papua Barat bernama Roy Lapon Rumaikew diletakkan di hadapan pintu masuk Penjara Kelas IIB Manokwari, pada Selasa.

Tindakan keluarganya itu adalah tanda bantahan kerana tidak dapat menerima kematian Roy.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong United berang, anjur protes ke atas keluarga Glazer

Ketua Perkhidmatan dan Keselamatan di Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Papua Barat Yanu Haryadi berkata, mendiang Roy Lapon Rumaikew adalah banduan dalam kes kecurian yang dihantar dari Penjara Manokwari ke Penjara Fakfak.

"Roy adalah penjenayah kes kecurian di Manokwari. Disebabkan kapasiti penjara telah melebihi, maka dia dipindahkan ke Penjara Fakfak pada 2019,” katanya pada Selasa.

Yanu berkata, di Penjara Fakfak, Roy sakit hingga akhirnya meninggal dunia pada Ahad lalu.

"Dia sakit, sudah dimaklumkan daripada Penjara Fakfak,” katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain