suria

Disangka penjenayah, pemain bola Brazil maut dimakan ikan piranha

Pihak berkuasa menarik keluar mayat Luiz yang dimakan ikan piranha.

TEMBAKAN bertubi-tubi daripada polis memaksa seorang pemain bola sepak Brazil terjun ke dalam sungai yang dipenuhi ikan piranha.

Keadaan itu mengakibatkan Luiz Henrique Coelho de Andrade, 21, maut akibat lemas kerana tidak dapat berenang selepas diserang ikan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah minta tak mahu landing dalam air ketika naik parasailing, gadis nyaris lemas tetap ‘dijatuhkan’ di laut... tapi tak serik nak repeat!

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja autisme mati lemas selepas kalah main ‘batu, gunting, kertas’

Difahamkan, mayatnya hanya tinggal rangka bersama cebisan daging ketika dikeluarkan dari sungai berkenaan, pada Sabtu.

Menurut ibunya, Leila Coelho, Luiz telah hilang dari Educandos, Manaus di utara Brazil, selama 11 jam ketika mayatnya ditemui.

Keadaan mayat Luiz sangat mengerikan.

Keadaan mayat Luiz sangat mengerikan.

Dia turut mendakwa, pegawai yang tidak dikenal pasti telah mengarahkan anaknya masuk ke dalam sungai, walaupun dia tidak boleh berenang malahan tembakan dilepaskan ke arahnya sekali gus memaksa dia berbuat demikian.

Tambahnya, penumpang sampan yang berada di kawasan berhampiran cuba membantu anaknya itu, namun polis mengugut mereka dan mengarahkan untuk berhenti.

Bagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa polis terbabit telah mengejar sekumpulan yang disyaki penjenayah pada masa itu dan Luiz hanya terjatuh ke dalam air ketika dia cuba melarikan diri. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain