suria

Tunjuk 2 gejala yang sama, 18 ekor lembu mati secara mengejut... ketua kampung pun hairan

18 ekor lembu mati dalam tempoh sebulan. Foto: (SHUTTERSTOCK/REEZKY PRADATA)

MISTERI yang tiada jawapan.

Begitulah kisahnya mengenai kematian lembu-lembu di Desa Kaliboto, Jawa Tengah, Indonesia yang tiba-tiba berlaku sejak sebulan lalu.

Ketua Kampung Kaliboto, Hariyanto berkata, lembu berkenaan menunjukkan gejala sama sebelum mati iaitu sawan dan kembung perut.

Dalam kejadian terbaharu, 18 ekor lembu di empat kampung berbeza turut dijumpai mati.

Ketua Bahagian Ternakan di Jabatan Pertanian, Makanan dan Perikanan Karanganyar, Heri Sulistyo berkata, sampel darah lembu akan diperiksa di makmal bagi mengenal pasti punca kematian mengejut itu.

Keputusan pemeriksaan sampel darah dijangka keluar dalam masa dua hingga tiga hari.

Namun, mereka juga tidak menolak elemen jenayah dalam kejadian tersebut. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain