suria

Hanya perlukan sejadah, berzikir sambil tengok langit... pawang ini tawar khidmat ‘jinakkan’ hujan

Dedah Sumantri, dia biasanya dijemput untuk melakukan ritual mengalihkan hujan di 40 lokasi berbeza dalam setiap bulan.

KEMUNCULAN pawang hujan wanita, Rara Isti Wulandari ketika acara MotoGP Mandalika, Lombok Timur, Indonesia baru-baru ini hangat menjadi perbualan netizen.

Selain wanita itu, lelaki dari Kota Pasuruan, Jawa Timur yang dikenali sebagai Eko Budi Sumantri turut menawarkan perkhidmatan sama sejak tahun 2007.

ARTIKEL BERKAITAN: Pawang hujan dijemput untuk usir cuaca buruk ketika perlawanan MotoGP

Dedah Sumantri, dia biasanya dijemput untuk melakukan ritual mengalihkan hujan di 40 lokasi berbeza dalam setiap bulan.

"Sebelum Rara (pawang hujan MotoGP) tular sehinggalah sekarang, sudah ramai yang guna khidmat saya.

"Kalau nak minta khidmat saya, jangan minta saat akhir. Maksimum seminggu sebelum sudah buat tempahan," ujarnya.

Dedah Sumantri, pelanggannya bukan orang sebarangan, malah dia turut dijemput sehingga ke India, Thailand, Singapura, Itali, Abu Dhabi dan Turki.

"Saya sudah 17 kali dijemput ke India. Yang panggil saya bukan golongan biasa tapi orang atasan," ujarnya lagi.

Dia juga pernah diminta mengalihkan hujan di Pusat Vaksinasi Covid-19 di Stadium Gelora Bung Karno.

Apa yang dia perlukan dalam ritual itu hanyalah sejadah dan kawasan lobi masjid untuk berzikir sambil memantau pergerakan awan di langit.

Jika tiada masjid berdekatan, Sumantri boleh melakukan ritual itu di mana-mana sahaja, asalkan dia dapat melihat langit. - Detik.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain