suria

Peninju wanita cabar Putin bertarung di 'ring'

Arianne mencabar Putin bertinju di 'ring'.

PENINJU wanita Jiselle Arianne mencabar Presiden Rusia Vladimir Putin untuk turun berlawan dengannya.

Ia susulan pertanyaan dua rakannya yang mengajukan 'kalau boleh panggil seorang individu, siapa yang awak mahu lawan?'.

ARTIKEL BERKAITAN: Limosin Putin bernilai hampir RM800 juta, direka seperti ‘kubu mudah alih’

Selain mengakui tidak akan berlembut, gadis berusia 28 itu turut menyatakan Putin adalah pilihan terbaik berbanding yang lain.

"Ada banyak pilihan tapi saya pilih Putin. Dia pilihan terbaik dan saya tidak akan berlembut ketika perlawanan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyatakan bahawa Putin tidak boleh terus berkuasa.

"Kekejaman tidak akan melemahkan keinginan untuk bebas. Ukraine tidak akan menjadi simbol kemenangan untuk Rusia.

"Lelaki ini (Putin) tidak boleh kekal berkuasa," katanya ketika berucap di Poland baru-baru ini. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain