suria

Kerjaya jual content tak senonoh di OnlyFans terkubur, gadis ini wajib lapor diri kepada polis 2 kali seminggu

Dea perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya sebanyak dua kali seminggu.

SEORANG gadis dikenali sebagai Dea ditahan polis pada Khamis minggu lalu atas dakwaan berkaitan pornografi.

Gadis itu dikenali ramai kerana penghasilan content tidak senonoh menerusi platform OnlyFans.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah jual content tak senonoh menerusi OnlyFans, gadis ini akhirnya ditahan polis

Dalam perkembangan terbaharu, Dea memberi kerjasama dan menjalani pelaporan wajib sebagai suspek kes dakwaan penyebaran kandungan lucah.

Dea perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Metro Jaya sebanyak dua kali seminggu.

Peguam Dea, Herlambang Ponco berkata, dia dan anak guamnya mula menjalani kewajipan itu pada Isnin.

"Mulai hari ini, kami diwajibkan melapor untuk minggu ini, Isnin dan Khamis.

"Kemungkinan hari-hari berikutnya akan berubah," kata Herlambang kepada wartawan.

Untuk rekod, Dea menggunakan platform itu untuk menjana pendapatan dengan video-video tidak bermoral.

Dea yang bermastautin di Malang, Jawa Timur akan tinggal sementara di Jakarta sambil menjalani laporan wajib. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain