suria

Pandemik belum berakhir, peniaga buah kurma luah rasa sayu menjelang Ramadan... hasil jualan menurun saban tahun

Sebelum pandemik, penjualan kurma dalam sehari boleh mencecah 10 kilogram. Foto: Sabrina Mutiara Fitri.

BUAH kurma sememangnya sinonim dengan kehadiran bulan suci Ramadan.

Namun, sekumpulan peniaga kurma di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia mengadu hasil jualan mereka makin berkurang saban tahun.

Menurut peniaga di kawasan Pasar Johar, jualan mereka turun sehingga 50 peratus.

Menurut peniaga yang dikenali sebagai Niken, hal tersebut mungkin berlaku disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

"Orang masih takut untuk keluar rumah, lebih ramai yang memilih secara online," jelas Niken

Tambah Niken lagi, harga kurma tidak pernah naik sejak beberapa tahun lalu.

Antara kurma yang dijual termasuklah kurma Tunisia, Golden Valley, Ajwa, dan beberapa lagi.

Niken berkata, sebelum pandemik, penjualan kurma dalam sehari boleh mencecah 10 kilogram.

Tetapi sejak pandemik 2020, hanya tiga hingga empat kilogram sehari yang terjual. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain