SEPASANG suami isteri tidak menyangka menerima kejutan apabila bayi mereka dilahirkan dengan dua kepala. Pasangan tersebut, Shaheen dan Sohail Khan pada mulanya diberitahu bahawa mereka bakal menimang sepasang kembar sewaktu kehamilan. Bagaimanapun, bayi yang disangka kembar rupa-rupanya mempunyai dua kepala dan tiga lengan. Kelahiran yang mengejutkan itu berlaku di sebuah hospital di Ratlam, Madhya Pradesh, India. Bayi yang diberi nama Indore itu dilaporkan masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan keadaannya kritikal. Menurut seorang doktor di hospital berkenaan, beberapa hari akan datang adalah tempoh genting untuk mengetahui sama ada bayi tersebut memerlukan pembedahan atau sebaliknya. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI