SEORANG pemandu yang baru membeli kereta model Ferrari, terbabit dalam kemalangan selepas memandu kurang 3.2 kilometer, kata polis. Kereta mewah itu mengalami kerosakan dalam nahas yang berlaku St Alkmund's Way, Derby di United Kingdom, pagi Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jelita maut dilanggar Lamborghini, pemandu baru berusia 17 tahun Unit Kepolisan Jalan Derbyshire menerusi satu ciapan di laman Twitter memberitahu, pemandu yang baru membeli Ferrari bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. foto Derbyshire Roads Policing Unit Menurutnya, tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu. Kereta Ferrari tersebut kemudian dialihkan dari jalan raya dan pemandu menyelesaikannya sendiri untuk pembaikan. - BBC Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI