SEORANG wanita pada mulanya menyangka suaminya tidak mengendahkan mesej yang dihantar kerana menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Bagaimanapun, wanita berkenaan terkejut apabila mengetahui suaminya meninggal dunia dalam kemalangan aneh. Menerusi satu video di TikTok, Bonnie Caldwell, dari New Zealand, berkata suaminya, Matt pergi menonton perlawanan ragbi dengan rakan-rakan, di satu lokasi yang terletak beberapa jam pemanduan dari rumah mereka. Ujarnya Caldwell, kali terakhir mereka berbual di telefon pada waktu malam sebelum kejadian. Wanita itu berkata, pada keesokan harinya, dia menunggu mesej daripada suaminya namun ia tidak berbalas. Sungguhpun berasa sedikit pelik, wanita itu beranggapan berkemungkinan suaminya hanya mabuk. Tetapi tidak lama kemudian, dia mendapat berita daripada abang iparnya yang memberitahu suaminya telah meninggal dunia secara tragis. "Rumah yang mereka inap berdekatan dengan tebing dan dia telah berjalan menyusuri tebing untuk pergi ke tandas. Dia tidak menyedarinya lalu terjatuh ke bawah," ceritanya. Menurut Caldwell, kejadian tragis itu berlaku lapan bulan lalu.- Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI