APA reaksi anda apabila menu yang dihidangkan di dalam pinggan masih lagi bernyawa? Sudah pasti terkejut, bukan? Satu video yang tular di internet menunjukkan seekor ikan yang dihidangkan di dalam pinggan bersama hirisan limau nipis, mi dan sayur-sayuran, tiba-tiba bergerak. Ikan berkenaan dilihat membuka mulut apabila batang penyepit (chopstick) dihalakan ke arahnya. Apa yang lebih mengejutkan, ikan tersebut menggigit semula batang penyepit berkenaan! Video itu dikongsi di Instagram @takahiro4601 yang meraih lebih 7.8 juta jumlah tontonan. Menerusi kapsyen yang ditulis, difahamkan video dirakam di sebuah restoran di Toyokawa, Jepun. Perkongsian tersebut meraih perhatian warganet yang nyata turut terkejut melihat situasi 'aneh' berkenaan. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI