SEORANG juruterbang dirawat di hospital selepas 'terpelanting' dari pesawat kecil yang dikendalikannya, beberapa saat sebelum ia merempuh blok flat. Pesawat tersebut remuk teruk akibat impak perlanggaran selepas ia merempuh sebuah bangunan di Oxfordshire, pada Sabtu. Pasukan petugas kecemasan bergegas ke tempat kejadian sejurus insiden berlaku, kata Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Oxfordshire. Dilaporkan, tiada orang awam atau penghuni yang cedera kerana bangunan kediaman itu tidak berpenghuni ketika itu. Seorang saksi berkata mereka melihat juruterbang menyelamatkan diri sebelum pesawat itu melanggar dinding. Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) berkata ia telah melancarkan siasatan dan penyiasat telah menjalankan siasatan di tempat kejadian. - Metro.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI