MENGERIKAN! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi di lokasi yang pernah ditawan tentera Rusia di sekitar Kyiv, di mana beratus-ratus mayat bergelimpangan di jalanan. Ketika tentera Kremlin berundur dari bandar dan kampung di sekitar Kyiv, tentera Ukraine dan wartawan tiba di lokasi tersebut kali pertama sejak pencerobohan. Bagaimanapun, mereka telah disambut dengan situasi ngeri di mana mayat bergelimpangan di jalanan. Sekurang-kurangnya 280 orang ditemui mati di kampung Bucha, selepas tentera Rusia meninggalkan penempatan itu. Seorang wartawan AFP menemui berpuluh-puluh mayat dan seorang lelaki yang tangannya diikat. Gambar yang tular itu menunjukkan sejumlah besar mayat hanya terbaring, dibuang ke seberang jalan dan di tepi jalan tanpa sesiapa yang mengalihkannya. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI