suria

Lebih 150 cedera, ramai kecam serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Insiden pertempuran di Masjid Al-Aqsa berlaku dalam kesucian bulan Ramadan. foto AP

LEBIH 150 orang cedera dalam insiden pertempuran antara polis Israel dan rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa, pada Jumaat.

Kejadian yang berlaku dalam kesucian bulan Ramadan itu menyaksikan 400 orang turut ditahan selepas Masjid Al-Aqsa sekali lagi diserang.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, lebih 150 rakyat negara itu dimasukkan ke hospital dan puluhan lagi dirawat di lokasi kejadian.

Kelab Tahanan Palestin berkata, kira-kira 400 orang ditahan dalam insiden itu.

Sementara itu, Polis Israel berkata, sekurang-kurangnya tiga pegawainya cedera.

Rakyat Palestin mengadakan protes selepas serangan itu dan menyeru negara Islam melindungi Al Aqsa.

Serangan Israel ke atas Al-Aqsa menerima kecaman banyak pihak dari seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Dilaporkan, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat sehingga menyebabkan ratusan mangsa cedera.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan, tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadap, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain