suria

Nota cari jodoh ditulis 2 remaja perempuan ditemui selepas 56 tahun

Nota dalam botol itu ditemui pada 2 April lalu, selepas 56 tahun dihanyutkan.

DUA keping kertas di dalam botol yang mengandungi nota ditulis oleh dua remaja perempuan, ditemui 56 tahun kemudian.

Nota tersebut adalah milik Jennifer Coleman dan Janet Blankley yang menulisnya pada usia 15 tahun.

Kedua-dua remaja perempuan tersebut ketika itu berhasrat mahu mencari teman lelaki.

"Sesiapa yang berminat, gambar akan ditukar secara peribadi. Seseorang yang bukan di bawah 16 tahun atau lebih 18 tahun," demikian antara isi kandungan nota tersebut.

Nota berkenaan dimasukkan ke dalam sebuah botol bertutup dan tertera tarikh 9 Ogos 1966 sebelum dihanyutkan di Scunthorpe.

Usaha dua remaja tersebut untuk mencari cinta nampaknya tidak berbalas, sehinggalah seorang ibu dan anak perempuannya menemui nota dalam botol itu pada 2 April lalu yang terapung di Muara Humber. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain