suria

Influencer kena ‘troll’ gara-gara tatu pitbull di ketiak

Tatu anjing pitbull pada ketiak Caroline teruk 'dibahan' netizen.

SEORANG Influencer dari Jerman yang juga bintang realiti televisyen teruk 'dibahan' di media sosial selepas mempamerkan tatu yang dicacah pada bahagian ketiak.

Walaupun mempunyai 112,000 pengikut setia di Instagram, Caroline Robens menerima banyak kecaman dan kata-kata sinis mengenai tatu baharunya itu.

Tatu yang dicacah pada bahagian ketiak sebelah kiri adalah imej seekor anjing pitbull.

"Saya juga fikir ia dilakukan dengan sangat teruk.

"Sangat gelap dan sangat sukar untuk dilihat sekali imbas," kutuk netizen.

Menyedari tatunya diperkatakan ramai, Caroline tidak melatah sebaliknya menjelaskan dia sememangnya gemar memiliki tatu pada anggota badan.

"Anjing (pitbull) ini sangat bermakna kepada saya. Seperti yang anda lihat, saya suka tatu dan kini semakin kurang ruang kosong.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza yang tidak semua orang miliki.

"Saya juga tidak suka mempunyai tempat kosong di sana, walaupun lengan saya penuh," kata Caroline.

Untuk rekod, Caroline mula dikenali selepas terlibat dalam rancangan realiti televisyen Jerman seperti 'Good-bye Germany' dan 'Das Sommerhaus Der Stars'. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain