suria

Penduduk bunuh diri, haiwan peliharaan pun mati... Ramai terperangkap dalam ‘lockdown’ paling ketat di dunia

Bandar paling ramai penduduk di China telah dikurung selama lebih lima minggu kerana kes Covid-19 terus meningkat di seluruh negara.

ADA dalam kalangan penduduk Shanghai dilaporkan telah membunuh diri manakala haiwan peliharaan telah dibunuh oleh petugas Covid-19 dalam sekatan yang paling ketat di dunia.

Bandar paling ramai penduduk di China telah dikurung selama lebih lima minggu dengan penduduknya diarah duduk di dalam rumah kerana kes Covid-19 terus meningkat di seluruh negara.

Mereka yang didapati positif sedang dikumpul dan dibawa ke pusat kuarantin yang sempit untuk tempoh masa yang tidak ditentukan.

Penduduk yang kelaparan telah memecah masuk kedai runcit dan dron dikesan terbang di atas bangunan pencakar langit memberitahu penduduk untuk "mengawal keinginan jiwa anda untuk kebebasan," menurut laporan South China Morning Post.

Peraturan dalam lockdown kali ini dilihat memberi kesan buruk ke atas kesihatan mental sehingga mendorong sesetengah individu untuk membunuh diri.

Haiwan peliharaan mereka yang dijangkiti virus itu dilaporkan dibunuh oleh petugas Covid-19 kerana risau berlaku penyebaran lebih meluas.

Satu video yang disiarkan ke Twitter yang menunjukkan beg tong sampah hijau yang besar, didakwa dipenuhi dengan bangkai kucing dan anjing yang ditinggalkan di tepi jalan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain