suria

Askar Ukraine ‘bedah’ dron pengintip milik Rusia yang terhempas, isi dalamnya sangat mengejutkan!

Pendedahan itu dibuat menerusi video oleh seorang askar Ukraine menerusi YouTube Army Inform.

KEMELUT antara Rusia dan Ukraine masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Terbaharu, askar Ukraine membongkar salah satu dron milik Rusia yang terhempas di tanah besar negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuh kenderaan berperisai... Pengguna Google Maps terkejut temui imej satelit pangkalan tentera Rusia

Di dalam dron tersebut ditemui sebuah kamera digital single lens reflex (DSLR) berjenama Canon.

Pendedahan itu dibuat menerusi video oleh seorang askar Ukraine menerusi YouTube Army Inform.

Akaun YouTube itu biasanya digunakan untuk menyebarkan maklumat mengenai Kementerian Pertahanan Ukraine.

Dalam video tersebut, askar itu menjelaskan bahawa kamera yang ditemui di dalam dron pengintip bernama Orlan-10 merupakan jenis Canon EOS Rebel T6i (750D).

Kamera itu merupakan kamera DSLR peringkat permulaan yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Ia dimasukkan ke dalam dron dengan hanya peralatan minimum, bukannya alat sokongan atau aksesori yang canggih.

Malah, askar Ukraine yang membongkar dron Orlan-10 berkata, reka bentuk dan teknik pemasangan dron itu mengingatkannya tentang "projek mainan" pesawat kawalan jauh (RC) yang biasa dilakukan oleh peminat permainan tersebut.

Selain komponen yang berkaitan dengan kamera, penutup tangki gas dron itu juga dianggap murah kerana ia kelihatan seperti penutup botol plastik.

Kemudian, terdapat banyak komponen di sekeliling dron yang dilekatkan bersama pita pelekat. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain