suria

Gara-gara duit habis! Pemuda sanggup korek tabung masjid untuk pulang ke kampung halaman

Ditahan ketika korek tabung masjid.

SEORANG lelaki berusia 30 tahun tergamak membuat alasan tidak mempunyai duit tambang untuk pulang ke kampung halaman selepas ditahan ketika mencuri duit tabung masjid.

Ketua Polis Geneng di Ngawi, Farid Sudiarta berkata, suspek bernama Sigit Supriyadi dikatakan mahu ke kampungnya di Banyumas di Jawa Tengah.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdampar 17 hari tanpa makanan di pulau tak berpenghuni, nota dalam botol akhirnya selamatkan 6 kelasi

"Suspek pada asalnya mengaku mahu menunaikan solat dhuha di masjid perkampungan Sidorejo, Ngawi di Jawa Timur.

"Bagaimanapun, dia didapati cuba mengorek tabung selepas dibenarkan memasuki masjid. Ekoran itu, penduduk setempat menangkap dan memukulnya sebelum diserahkan kepada pihak polis," ujarnya.

Menurutnya lagi, suspek menggunakan pemutar skur yang dibawa bersama untuk mengorek tabung masjid. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain