suria

Masjiq Quba diperluas 10 kali ganda supaya dapat tampung 66,000 jemaah secara serentak

Bangunan Masjid Quba akan disambungkan ke halaman berbumbung di empat sisinya yang boleh berfungsi sebagai dewan-dewan solat tambahan. Foto: Agensi berita.

MASJID Quba yang terletak di pinggir kota Madinah merupakan salah satu binaan ikonik dalam seni bina Islam.

Ia akan menjalani proses ubah suai agar dapat menampung 66,000 jemaah secara serentak, tidak lama lagi.

Projek itu dilancarkan oleh Putera Mahkota Mohammed Salman.

Apabila siap kelak, Masjid Quba akan berukuran seluas 50,000 meter persegi atau 10 kali ganda lebih besar berbanding saiznya sekarang.

Di bawah projek tersebut, bangunan Masjid Quba akan disambungkan ke halaman berbumbung di empat sisinya yang boleh berfungsi sebagai dewan-dewan solat tambahan.

Selain itu, Masjid Quba akan dilengkapi dengan sistem-sistem yang dapat meningkatkan kecekapannya.

Malah, projek itu turut meliputi pembangunan dan pemulihan tempat-tempat bersejarah di sekelilingnya, termasuklah telaga-telaga, ladang dan kebun buah serta menghubungkan tiga tempat laluan Nabi Muhammad.

Putera Mahkota Mohammed berkata, projek itu mahu menonjolkan kepentingan Masjid Quba dalam Islam, mengabadikan ciri-ciri sejarahnya serta mengekalkan seni bina lama dan sifat perbandaran kawasan ini.

Menurutnya lagi, projek peluasan itu adalah sebahagian daripada Wawasan 2030 Arab Saudi iaitu termasuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji dan umrah serta mutu hidup penduduk. - Berita.mediacorp.sg.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain