suria

Ditahan memandu dalam keadaan mabuk, wanita ini cuba rasuah polis dengan tawaran seks

Semasa dibawa ke balai polis, Ortiz didakwa cuba merasuah seorang pegawai dengan menawarkan perbuatan seksual dan wang tunai.

SEORANG wanita yang memandu dalam keadaan mabuk menawarkan habuan seks dan wang tunai kepada pegawai polis yang menahannya.

Menurut pegawai polis, Mark Herman, kejadian itu berlaku di kawasan perbandaran Spring, di utara Houston, Texas, pada Rabu lalu.

Ujarnya, dia diberitahu oleh saksi bahawa seorang pemandu wanita yang mabuk telah melanggar papan tanda jalan.

Bagaimanapun, pemandu itu telah melarikan diri sebelum polis tiba.

Tidak lama kemudian seorang lelaki muncul dan cuba meyakinkan pegawai bahawa dia bertanggungjawab atas kemalangan itu.

Namun, wanita berkenaan Dulce Ortiz, 21, datang semula ke lokasi itu sebelum disahkan sebagai pemandu dalam kejadian kemalangan tersebut.

Selepas perbincangan dengan pegawai di Pejabat Peguam Daerah Harris County, Ortiz telah didakwa atas beberapa pertuduhan.

Bagaimanapun, semasa dia dibawa ke balai polis tempatan, Ortiz didakwa memburukkan keadaannya dengan cuba merasuah timbalan lelaki itu dengan menawarkan perbuatan seksual dan wang tunai sebagai pertukaran untuk dibenarkan bebas. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain