SEORANG anggota tentera Ukraine terselamat daripada ajal gara-gara telefon bimbitnya menjadi 'perisai' dan mengelakkan tubuhnya ditembusi peluru. Video yang memaparkan insiden 'ajaib' berkenaan mulai tular di media sosial, dan dilaporkan merupakan rakaman daripada perang Russia-Ukraine yang sudah memasuki bulan kedua. Dalam video berkenaan, anggota tentera Ukraine tersebut menunjukkan telefon pintar miliknya yang menjadi 'penyelamat' nyawanya selepas ditembusi sebutir peluru 7.62 milimeter (mm). Video tersebut pada asalnya disiarkan di Reddit dan kemudiannya dikongsi di YouTube dan Twitter. Dalam klip 30 saat itu, anggota tentera berkenaan menunjukkan telefon pintarnya yang ditembusi peluru sambil dirakam oleh rakannya. Anggota tentera itu dapat didengari bercakap dengan seorang rakannya dalam bahasa Ukraine sambil berkata 'telefon pintar ini telah menyelamatkan nyawa saya'. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI