ANGKARA sakit hati, seorang lelaki maut ditikam oleh jirannya menggunakan senjata tajam, di Simalungun, Sumatera Utara di Indonesia. Mangsa, Jondriaman Simarmata, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian pada Jumaat lalu. Polis Simalungun, AKBP Nicolas Dedy Arifianto berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden daripada ketua kampung. Pada awalnya, ibu mangsa sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar pertengkaran. Wanita berkenaan menyaksikan anaknya berkelahi dengan suspek di halaman rumah, dan cuba meleraikannya tetapi gagal. Ibu mangsa kemudian melihat anaknya terbaring berlumuran darah di depan pintu rumah. Tambah Nicolas, motif pembunuhan kerana sakit hati berikutan mangsa didakwa sering melemparkan kata-kata kesat terhadap suspek. Susulan kejadian itu, polis menahan suspek berusia 44 tahun. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat cedera ditikam di bahagian dada. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI