suria

Wanita ini tak jemu cucuk muka, yakin bentuk pipinya cantik

Anastasia Pokreshchuk, dia sudah melakukan banyak rawatan kencatikan pada wajahnya.

SEORANG wanita mendakwa dirinya memiliki 'pipi paling besar di dunia' dan berazam untuk mengekalkan gelaran tersebut.

Menurut Anastasia Pokreshchuk, dia sudah melakukan banyak rawatan kencatikan pada wajah termasuklah menyuntik filler pada bahagian pipi.

Selain itu, dia turut membuat pembedahan pada tulang pipinya.

Malah, dia juga sanggup mengeluarkan wang untuk membuat pembedahan payudara dan bibir.

Model Ukraine berusia 33 tahun itu turut berkongsi video mengenai aktiviti hariannya menerusi Instagram.

Malah, dia juga ada berkongsi video ketika menerima suntikan pada wajah.

Anastasia memiliki 82,500 pengikut di media sosial. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain