suria

Harga tiket bas naik berganda, wanita ini sanggup bayar lebih mahal selepas 3 tahun tak beraya di kampung

Umi anggup membayar harga tiket bas dari Jakarta ke Jawa Tengah yang naik dua kali ganda berbanding musim biasa. Foto: Rakha/detikcom.

KENAIKAN harga tiket bas pada musim perayaan tidak mematahkan semangat anak-anak perantau untuk pulang ke desa.

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Umi, dia sanggup membayar harga tiket bas dari Jakarta ke Jawa Tengah yang naik sekali ganda berbanding musim biasa.

"Ya, ada kenaikan. Biasanya RM45 harga tiket bas untuk ke kampung halaman. Sekarang RM91," kata Umi ketika ditemui di Terminal Kampung Rambutan, Jakarta Timur.

Jelas Umi, dia tak kisah berhabis wang memandangkan sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung halaman.

"Sudah lama di sini, kami tidak pulang ke rumah selama tiga tahun sebelum pandemik Covid-19.

"Tahun lepas juga tidak pulang ke rumah untuk bertemu ibu bapa," katanya.

Senada dengan Umi, seorang perantau yang dalam perjalanan ke Palembang, Sumatera Selatan turut mendedahkan berlakunya kenaikan harga tiket.

Ujar Ginanjar, 28, dia terpaksa membayar harga lebih tinggi pada musim perayaan kali ini. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain