SEORANG wanita diperkosa secara bergilir-gilir lebih lapan kali sebelum dibunuh tiga lelaki di Jakarta, Indonesia. Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada suspek berkenaan adalah teman lelakinya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda dirogol secara berkumpulan... mangsa diseret atas jalan, dimalukan depan orang ramai Difahamkan, ketiga-tiga suspek yang berusia 17 hingga 19 tahun itu turut menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum dia disahkan meninggal dunia. Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Jakarta, AKB Wisnu Wardana berkata, sepasukan polis kemudian menahan kesemua suspek untuk siasatan lanjut pada Isnin. "Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa diperkosa secara bergilir oleh ketiga-tiga suspek dan sebanyak lapan kali. "Kesemua mereka kemudian mengaku melakukan perbuatan tersebut dan mengakibatkan kematian," ujarnya. - Detik News Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI