suria

Usia cecah 128 tahun! Susu, bayam makanan ruji wanita tertua dunia

Johanna raikan usia 128 tahun pada 11 Mei lalu.

SEORANG wanita Afrika Selatan yang kini berusia 128 tahun mendakwa susu dan bayam liar yang sering dimakan, antara faktor hayatnya panjang.

Malah dia dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipercayai manusia tertua meninggal dunia pada usia 128 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Brazil berusia 121 tahun dipercayai individu tertua di dunia

Mengimbau kehidupan zaman mudanya, Johanna Mazibuko berkata, dia dilahirkan di ladang jagung dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.

Tambahnya, tiga daripada adik-beradiknya itu masih hidup sehingga kini.

"Kehidupan kami sangat baik di ladang... tiada masalah.

"Seperti serangan belalang suatu ketika dulu, kami tangkapnya dan memasak untuk dimakan. Rasanya seperti makan daging," katanya yang sambut ulang tahun kelahiran pada 11 Mei lalu.

Menurutnya, pada masa itu, dia sekeluarga hanya menikmati susu segar dan bayam liar sebagai makanan utama.

"Sekarang, saya makan makanan moden. Saya sudah biasa dengannya, tetapi saya merindui makanan yang saya dibesarkan," luahnya.

Pendengaran Johanna semakin berkurangan tetapi dia masih boleh melihat dan bergerak sekitar rumah walaupun perlahan. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain