suria

Tragis! 27 maut dalam kebakaran bangunan, 12 lagi cedera

Kebakaran bangunan di Mundka korbankan 27 nyawa.

SEKURANG-KURANGNYA 27 terbunuh dan 12 cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan komersial empat tingkat di Mundka, Delhi di India, pada petang Jumaat.

Menceritakan detik cemas yang dilalui, mangsa yang dikenali sebagai Ankit menganggap dirinya bertuah kerana terselamat daripada kebakaran besar yang mengakibatkan puluhan orang awam maut.

Kecederaan yang dialami Ankit.

Kecederaan yang dialami Ankit.

Dia yang juga eksekutif sokongan teknikal salah sebuah syarikat swasta di bangunan itu berkata, pada masa kejadian, dia sedang bersiap sedia untuk menghadiri mesyuarat di tingkat dua.

"Selepas menyelesaikan kerja sekitar jam 3 petang, dia menuju ke tingkat dua untuk mesyuarat yang dijadualkan pada jam 4 petang.

"Sebaik mesyuarat bermula, semua orang di dalam bilik melihat asap di luar pintu pagar mula masuk ke dalam. Panik dengan keadaan itu, pintu bilik dibuka supaya asap dapat dikeluarkan namun akhirnya seluruh bilik dipenuhi kepulan asap sehingga menyukarkan untuk bernafas," kata Ankit.

Antara kesan kebakaran.

Antara kesan kebakaran.

Ujarnya yang baru memulakan pekerjaan kira-kira sebulan, disebabkan cemas dengan apa yang berlaku, cermin tingkap dipecahkan dan dia bergantung pada wayar yang berjuntai di luar bangunan.

Tambahnya, ekoran tindakan itu tangannya mengalami kecederaan ringan.

Terdahulu, Timbalan Pesuruhjaya Polis (Luar) Sameer Sharma memaklumkan, kebakaran bermula di tingkat satu bangunan tersebut yang menempatkan bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) dan syarikat pengeluar penghala. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain