DADAH dipesan, garam yang diterima. Demikian situasi yang dialami pengedar dadah di Kabupaten Bungo di Indonesia, Sapriadi selepas dadah jenis methamphetamine yang dipesan tidak diterima. Ekoran itu, suspek berusia 36 tahun itu menculik Riki Ricardi yang merupakan pekerja penghantaran bagi pesanannya. Mangsa ditawan selama tiga hari di Dusun Sungai Lilin, Kabupaten Bungo Jambi. Malah keluarganya turut dianiaya apabila suspek meminta wang tebusan bagi kerugian yang dialami. Ketua Polis Bungo, AKBP Guntur Saputro mengesahkan kejadian itu. "Suspek dan mangsa tidak mengenali antara satu sama lain. Mangsa ditawan selepas suspek berasa tertipu kerana dadah jenis kristal yang dibeli daripada orang yang dikenali tidak diterima, sebaliknya diberi garam," kata Guntur Saputro pada Jumaat. Guntur menjelaskan, suspek pada mulanya memesan dadah jenis methamphetamine dengan seorang penduduk Sumatera Barat dikenali sebagai Nanda. Methamphetamine yang dirancang untuk dipesan oleh suspek adalah 1 kilogram dengan harga Rp 65 juta yang mana Rp 50 juta sebagai deposit jaminan dan Rp 15 juta sebagai pembayaran balik. - Detik Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI